15 October 2009

..Cinemas..


..Cinemas..
..The ugly truth..
Bercakap pasal wayang sayer ni bukannya kaki wayang sebab bagi sayer membazir je tengok wayang tapi segalanya berubah bila sayer tengok satu cerita seram ni.. tajuk nyer perfect gateway ngan sororow.. jadi ketagih plak.. di tambah plak panggung wayang kat MiNEs tu best dan suasana pun sejuk. Best sangat tapi malangnya shah tak suka sgt tengok wayang..bergantung pada mood dia.. Hmm ntahlah.. bleh dikira ngan jari berapa kali tengok wayang ngan shah.. hanya satu digit je.. huhu.. oh ye movie ketiga yang sayer tengok adalah The Ugly Truth . cite ni best sangat dan banyak bagi kesedaran untuk couple2 kat luar sana. Yang sayer paham cerita ni tentang cinta adalah satu ungkapan yang tak boleh diterjemahkan oleh lidah. Hanya hati je boleh mentafsir maksud yang tersirat. Dan empunya diri bleh rasa dicintai dan disayangi..



Korang penah tanya boy korang tak yang kenapa dia suka korang.. mungkin ada pelbagai jawapan.. sayer ni tak la dikatakan setia sangat.. masa zaman remaja dulu (hehe sekarang dah dewasa) ada gak tertanya kat ex-bf dulu2.. rata2 bagi jawapan.. sayer senang bercakap ngan awak.. sayer suka tengok mata awak.. semuanya punyai alasan.. sampailah sayer tanya ngan shah.. nak tau dalam nada selamba dia tanya sayer balik.. kenapa tanya macamtu.. then bila di desak2 dia hanya senyum dan cakap tak tau.. panasnyer hati tapi sayer wat bodoh je.. penah gak fikir bek clash je ngan shah ni.. tapi akhirnya baru sayer tau cinta adalah sesuatu yang tak terucap.. kita hanya perlu rasakan kehadirannya.. berjuta kali pun boy kita kata I Love You tapi dia tak sama2 merasai ungkapan tu tak guna gak kan.. bagi sayer mungkin sayer dah jumpa pasangan sayer Cuma sayer perlu jaga perasaan cinta ni sehingga ke akhir hayat..
Kat sini saya selitkan satu potongan ayat dari satu majalah.. hayatilah..
“Love is something you can’t see but you can feel through your heart... it not always sweet but sometime bitter… it not always soft but sometime harder… it not always easy but sometime becomes difficult to understand… feel it… Taste it...growth with it… and you will know what kind of Love you get”



..Petai..


..Petai..
Berapa orang yang tau kebaikan petai?. Beberapa hari lepas aku ternampak petai di jual kat tepi jalan sepanjang jalan lama Kajang-seremban. Terdetik hati nak beli dan makan selepas beberapa lama tak makan. Last makan masa arwah mama ada sebab sambal petai mama yang best sangat-sangat. Selepas mama meninggal aku melupakan hasrat nak makan sebab tak de teman. Shah pun tak berapa suka sangat makan petai. Terpaksa lah aku menyimpan hasrat tu sampailah harini. Petai dah mahal kadang-kadang mencecah RM4 untuk 3papan tapi tadi nasib bek sebab 5 papan Cuma RM 2.. haha.. rezeki aku.. dan arini aku masak la Sambal Goreng Petai. Mungkin tak sesedap arwah mama masak tapi cukup lah aku lepaskan kerinduan pada petai. Hohoho…


Bahan-bahannye adalah…





Petai yang telah siap di kikis kulitnyer.






Sebiji bawang dan dua gengam ikan bilis yang telah disiang







Cili kering yang telah diblander

Cara-caranyer senang je
1.             Panaskan minyak cukup2 untuk goreng petai sampai garing pastu asingkan.
2.            Goreng ikan bilis yang telah dicuci sehingga garing dan asingkan.
3.            Kurangkan minyak… agak2 satu senduk pastu tumis bawang yang dah dipotong.
4.            Agak2 bawang dah naik wangi masukkan cili agak2 tiga senduk nasi. Tunggu sampai cili masak (nak tau cili masak?... tunggu sampai kuar minyak).
5.            Cili dah masak masukkan garam secukup rasa pastu masukkan petai dan ikan bilis yang dah digoreng.
6.            Gaul perlahan-lahan dan kecilkan api.
7.            Dah siap untuk di hidang. Kat bawah ni gambar bila dah siap. Inilah dia Sambal Goreng Petai. Nyam..nyam..







..Selamat mencuba..





 ..Untuk langkah keselamatan bagi yang tinggal kat kampung..
..hehe..



 













..My Dotti..


..My Dotti..
Ini pasal adik sayer yang bongsu.. nama dia Nur Shafiqah Binti Mohd Jas a.k.a Dotti. Dilahirkan pada 18 September 1998 di Hospital Besar Seremban pada jam 12.30 tengahari.




Sayer masih ingat lagi detik kelahiran budak gendut ni. Masa tu jam menunjukkan pukul 8.00 pagi dan selepas sayer hantar kakak yang sulong ke sekolah menengah (time tu sayer darjah 6..Hebat kan dah reti bawak moto) sayer hantar adik-adik yang lain ke sekolah rendah. Hehe sayer mmg tak pergi sekolah sebab dah habis UPSR. Sayer relax2 la kat bilik mama sambil makan keropok. Masatu adik yang no 6 tak pegi tadika sebab dah akhir tahun. Kami pun golek2 la atas katil tiba2 mama kuar dari toilet kata adik dalam perut dah tak gerak2.. mama dah panic then suh aku panggil bidan zainab (bidan kampong). Aku tak pegi lagi bidan tu lalu so aku tahan je lah. Pas di tilik-tilik mama perlu dihantar ke hospital sebab mama ada kes fibroid. Aku ngan busu (adik mama yang bongsu) pegi la siap2 kan barang then bertolak kul 12 tgh hari pada 17 September 1998. Lepas sampai hospital dan kemas2 katil mama kata sakit then trs masuk wad. Esoknyer aku pon pegi hospital ngan busu lagi.. tetau je adik dah lahir masa tu badan dotti merah je and muka sebijik muka ayah.. haha..aku adalah orang pertama yang tengok dotti. Saat dengar adik nangis and kali pertama aku tengok beyak baby yang itam.. aku tak leh lupa moment tu.. sekarang adik aku dah besar dah.. umur dia 11thn.. kejap je masa berlalu kan.. dulu kiut je sekarang dah jelita.. haha.. Thanks mama sebab lahirkan kami.. love U and you always in our heart..





..Reunion Martikulasi..


..Reunion Martikulasi..
Beberapa minggu lepas geng masa matrik dulu ajak pegi rumah terbuka dia kat selayang.. Shuhaila namanya.. bertempat di apartment enggang, Jalan 6, Selayang. Susahnyer nak cari rumah shu ni. Masatu dalam kereta ada aku, Izan dan Shuk. Kitorang bertiga je sebab Shafiq big boss tak dapat melarikan diri dari kerja2 dia. Penat gak la menawaf selayang dan akhirnya kami sampai gak.
Best betul sebab dapat jumpa kawan yang lama. Masing-masing ada yang dah kerja dan ada pengangur macam aku.. hehe.. yang masih belajar pun ada.. rindunyer semua orang.. sebagai kenangan aku selitkan gambar kawan-kawan aku.



Dari kiri korang: pakwe ijan, ijan, shu, izan, ijan cikgu, aku, shuk
“Semoga persahabatan kita kekal selamanya”
..Keep in touch don’t just touch ‘N’ go..



..My very first times..


..My very first times..
Welcome to my first post...exited sangat-sangat coz dapat berkongsi cerita ngan semua orang. Memandangkan ini adalah my first times tulis blog jadi sayer nak kongsi mengenai diri sayer..Sayer anak kedua dari tujuh orang adik beradik. Ayah berasal dari keturunan melayu Sarawak a.k.a kedayan dan ada mixed ngan orang jawa manakala arwah mama pulak orang minangkabau dari negeri adat pepatih, so sayer ni berdarah campuran jawa, minanng and sarawakian.. hehe.. dan oleh kerana itu sayer ni faham la ckit2 bahasa Sarawak dan minang..
Sayer ni dilahirkan pada 7 April 1986 di Klinik pani, Seremban. Waktu sayer lahir dekat2 nak azan subuh. Atuk sayer yang anta arwah mama g hospital. Tiap kali bezday sayer mesti arwah mama ceritakan saat-saat kelahiran sayer..tp sekarang klinik ni dah tutup kot sebab tiap kali lalu kat depan klinik ni suram je.. papan tanda je yang masih wujud..
Dari lepas lahir sampailah umur 2 tahun lebih kitorang tinggal cheras pastu baru pindah Sarawak sampailah sayer umur 11thn dkt2 12thn. Kat Sarawak, kami tinggal kat Lot 1208, Kampung Luak Bay, Jalan Baram 98000 Miri, Sarawak. Umah ni dekat ngan laut dan tiap2 hari leh g laut..
Sayer tabika kat tabika kemas kpg luak.. pastu sekolah rendah kat S.R.K Kampung Luak sampai darjah 5 kuning then pindah ke N.9 balik. Kat N9 sayer sambung darjah 6 at S.K Ulu Beranang,Lenggeng, N9. Melangkah ke sek menengah sayer masuk S.M.K Dato’ Klana Putra, Lenggeng, N9 dan menghabiskan zaman persekolahan pada tahun 2003. Pada 2004 sayer masuk Martikulasi Negeri Sembilan Batch 2004/2005 jurusan SainS Hayat. Kejap je matrik sayer masuk UPM Kampus Bintulu, Sarawak dalam jurusan Bachelor Science Bioindustry selama 4 tahun dan tamat pada 2009. Sekarang selepas konvo pada 08.08.2009 sayer menjadi penanam angur berjaya.. haha..
Itu kisah perjalanan pelajaran sayer.. pada tahun akhir sayer di universiti sayer telah merelakan diri di pertunangkan dengan jejaka pilihan hati iaitu Shahranie Jublie. Dialah tempat sayer bermanja selepas mama meninggal pada 8 November 2007. Saper lagi la nak layan kerenah sayer yang mengada-gada ni. Saper la nak tolong teman sayer wat projek tahun akhir dan kumpul data tentang siput2 kat pasar2 sarawak.. Saper lagi yang teman sayer berShopping klu bukan buah hati sayer ni. Penyabar betul sampai sayer sakit hati sebab dia tak pandai marah tapi klu dia dah start marah.. perghhh….. sayer plak sakit hati maut punya.. ape2 pon tu lah asam garam kehidupan..
Ok.. enough about my background.. ada masa kita cerita lagi..
13 October 2009