18 November 2009

Update 19 November 2009



Update 19 November 2009
Lagi 23 hari lagi majlis berlangsung dan tiba2 perkara yang tak diingini berlaku. Huhu.. sedih pun ada kecewa pun ada. Nak buat macam mana benda dah nak jadi. Huh! Saya betul2 sakit hati sekarang. Pening kepala sebab kita mengharapkan pagar tapi pagar makan padi.. chewah… sempat lagi berbahasa dalam kebuntuan macamni..
Apepun saya update dulu:
1.             Kursus pra-perkahwinan dah pegi.
2.            Tempat dah bertukar (terpaksa edit kad jemputan, mujur tak hantar lagi).
3.            Baju nikah dan baju sanding dah siap.
4.            Juruandam pun kne bertukar.
5.            Kathering+khemah+kompang+marhaban orang kampong uruskan.
6.            Jurugambar pun bertukar.
7.            Cincin kawin dah beli awal2 dlu.
8.            Kek dah tempah.
9.            Doorgift untuk para tetamu+bunga pahar+bunga manga+rozel semua dah beli. Berkotak kat umah..hik..hik..
10.          Bab-bab akad nikah dah 70% siap. Borang2 semua dah ada dalam sampul..
Sekarang tinggal balik kampong dan uruskan menu masakan dan tema majlis.. huhu.. napalah jadi macamni.. kepada kawan2 yang dah terlihat kad jemputan tu sorry lah ye.. nanti saya update alamat yang terbaru.. minta maaf sangat2.. ni semua permintaan dari pihak lelaki..

..Susah klu kita nak penuhi semua orang punya permintaan daripada bergaduh baik ikut sahaja kehendak mereka..



16 November 2009

..Walimatulurus II..


..Walimatulurus II..
Dalam minggu ni pelbagai benda datang menerjah. Menguruskan sendiri rupanya sangat susah. Nasib baik la saya tak di biarkan tungang tebalik sorang2.. hik..hik.. (>.<).. Segala persiapan walaupun masih kelam kabut tapi syukur semua berjalan dengan lancar.. Bulan 11 dan 12 ni adalah bulan yang paling sibuk. Macam2 kne buat. Tambahan pulak dah hujung tahun ni keje pon makin melambak.  Dalam sibuk2 shah pergi outstation dari 17.11.2009 hingga 23.11.2009, saya plak 20.11.2009 interview kerja pastu 23.11.2009 hingga 24.11.2009 pergi kursus.
Apepun antara benda yang dah siap dan comfirm ada setakat harini adalah:
1.             Kad dah siap design. Nak tunggu print je lagi. Design ni bagi saya cantik dan ringkas tapi shah kata padat sangat dan nampak terabur.. huhu.. tak tau lak..
2.            Doorgift bentuk tuala kecil then ada letak stiker kecik yang comey.

3.            Gubahan hantaran
a.     Pihak lelaki bagi 7 dulang
b.     Pihak perempuan balas 9 dulang
4.            Baju nikah dah siap warna putih berenda coklat-perang.
5.            Baju sanding tema purple.
6.            Cincin perkahwinan berbatu putih. Nanti saya upload gambar.
7.            Kek pengantin tempah sekali ngan hantaran.. gambar tu pun nanti saya upload.

dan banyak lagi lah.. hampir separuh dari list kat post sebelum ni ..Walimatulurus.. dah siap.. tinggal pilih design pelamin ngan baju untuk malam berinai/tukar2 baju. pastu pilih menu untuk makan pengantin dan lokasi bergambar kat luar.. hehe.. then tinggal nak tunggu 12.12.2009 je.. harap2 lah semua berjalan lancar..
p/s : lepas kawen nanti baru aktif semua berblogger ye.. haha..
oh ye ni saya upload design kad jemputan..












 
 
..bahagian depan kad..


 
..bahagian belakang kad..
12.12.2009
Selamat menempuh alam rumahtangga

 









09 November 2009

..Walimatulurus..


..Walimatulurus..
Oleh kerana nak minta kemaafan dari bakal tunang terpaksalah ambil alih bab uruskan perkahwinan ni. Klu dah dari mula pun saya tak tau ni kan nak ambil alih saat2 genting gitu.. waaa.. nak nangis .. udah ler tak sampai sebulan pon majlis perkahwinan ni.. yang dia bagi hanya no contact tempahan2 yang dia dah tempah tapi mujurlah ada blog yang membantu.. ni saya nak kongsi untuk bakal2 pengantin..
Senarai semak para Raja Sehari
·        Ambil borang kat Jabatan Agama Islam tempat masing2.
o   Pemohonan kahwin pengantin lelaki.
o   Permohonan kahwin pengantin perempuan.
p/s hantar borang ni selewat2nya 2 minggu sebelum kawen.
·        Daftar Kursus pra-perkahwinan.
·        Pilih tarikh dan waktu bernikah.
·        Pilih tempat majlis berlangsung dan tema majlis.
·        Pilih penyelaras majlis perkahwinan yang terbaik bagi menata majlis anda.
·        Tentukan Budget anda.
·        Beli dan tempah baju pengantin dan pengapit.
·        Tempah Juruandam.
·        Tempah catering.
·        Tempah pelamin.
·        Tempah kad jemputan.
·        Tempah khemah.
·        Tempah jurugambar dan juru video.
·        Tempah PA system dan pilih lagu2 yang sesuai.
·        Tentukan pengacara majlis (MC).
·        Pilih cincin perkahwinan.
·        Tempah kek perkahwinan.
·        Doorgift untuk tetamu dan VIP.
·        Beli Bunga pahar, Bunga Manga dan Rozel.
·        Tentukan barang2 hantaran dan berapa jumlah hantaran.
o   Jangan lupa untuk gubahan sekali.
·        Tempah kumpulan kompang dan marhaban.
·        Tempah tok kadi sekurang-kurangnya sebulan atau 2 minggu awal.
·        Pastikan semua borang dan salinan untuk pemohonan perkahwinan telah lengkap dan mencukupi.
o   Kad pengenalan
§  pengantin lelaki
§  pengantin perempuan
§  wali
§  dua orang saksi
o   Surat beranak pengantin perempuan
o   Sijil nikah ibubapa pengantin perempuan
o   Sijil kursus pra perkahwinan (lelaki dan perempuan).
o   Surat akuan bujang bagi pengantin lelaki.
o   Gambar ukuran passport( berlatarbelakang warna biru).

p/s:  selalunya bayar deposit separuh dahulu bagi catering, khemah, mak andam, PA system dan Juru Gambar sebab kalau bayar full nanti diorang tak wat dengan sebaiknya atau lagi teruk terus tak buat. Benda tak de duit pun hilang. Majlis pun tunggang-langgang.

Oh ye lupa plak pasal mas kawen.. ni antara harga mas kawen ikut negeri.. tak tau lah ada perubahan ke tak.

Mas Kahwin Negeri² di Malaysia (2009):


·        Johor                                          : RM 22.50
·        Melaka                                        : RM 40.00
·        Negeri Sembilan
o   Bukan Waris-Dara                            :RM 24.00
o   Bukan Waris – Janda                        :RM 12.00
o   Waris – Dara                                 :RM 48.00
o   Waris – Janda                                :RM 24.00
·        Selangor:
o   Dara                                           : RM 80.00
o   Janda                                          : RM 40.00

·        Kuala Lumpur:
o   Dara                                           :RM 80.00
o   Janda                                          :RM 40.00

·        Perak                                          : RM 101.00
·        Pulau Pinang                                  : RM 24.00
·        Pahang                                        : RM 22.50
·        Sabah
o   Dara                                           : RM 100.00
o   Janda                                          :RM 80.00

·        Sarawak                                        : RM 120.00
·        Labuan                                        : RM 80.00
·        Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan : Tidak ditetapkan.

Antara Sabda Rasulullah saw mengenai perkahwinan:
" Sesungguhnya seorang perempuan dikahwini orang kerana agamanya harta kekayaan dan kecantikkannya, maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama."
Dan antaranya lagi
“Sebesar-besar berkat penikahan ialah yang sedikit mas kahwinnya."
Firman Allah swt. maksudnya.

" Dari sebahagian tanda-tanda kebesaran Allah, bahawa telah Ia jadikan jodoh untukmu dari manusia sesamamu, supaya kamu berdiam padanya. dan Ia jadikan antaramu berkasih-kasihan dan bersayang-sayangan. Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang mahu berfikir".
( Suarh An-Rum : Ayat 21)
..Jom Kawen..
.. Elak kan maksiat..
..tegakkan satu lagi masjid..
~InsyaAllah~


..Nak Minta Maaf..


..Nak Minta Maaf..
Setahun.. sebulan.. dan kini menghitung hari.. entahla saya sendiri tak tau perasaan sendiri. Kadang2 rasa nak lari kadang2 rasa nak tempuhi. Tu kot perasaan orang yang nak kawen. Huhu.. dah beberapa tahun kenal shah dan dah nak genap setahun kitorang tunang.. perasaan saya sering kali berubah-ubah.. huh! Tak tetap pendirian.. tapi hanya shah yang kekal kat hati walaupun kadang-kala saya rasa saya suka dengan orang lain (ni kes curang).
Hati manusia kan susah nak dimengerti lagi-lagi hati sendiri. Waktu berjauhan dengan shah saya pernah tersuka kat orang lain tapi entahla syukur gak sebab akhirnya kembali ke pangkuan shah. Jahatkan saya. Tak setia dengan erti cinta. Chewah!..
Semalam saya ngan shah wat sesi berterus terang. Nie semua gara-gara saya terbaca satu blog ni. Saya pun tulis semua perkara yang saya tak suka kat dia dan dia pun kata nak tulis semua perkara yang dia nak saya berubah. Pastu lepas dia habis kursus untuk sesi petang semalam dia pun suruh saya send jawapan kitorang serentak. Dengan berkobar-kobar sebab semalam kitorang ada perselisihan paham saya pon send la panjang lebar antaranya:
Ida tak suka perangai abang yang:
1.             Suka menuduh yang bukan2.
2.            Tak serius.
3.            Suka hati tentukan keputusan.
dan pelbagai lagi la yang saya tulis. Adalah dalam 20 kot.
Pastu SMS shah sampai. Satu patah perkataan je.
“Kalau boleh jangan berubah hati lagi.. cinta hanya satu”
Saya terus diam. Lama gak la. Dalam hati malu sendiri. Malu sangat2. Selang beberapa minit shah call. Dia tergelak tapi dia cakap dia kecewa bila baca apa yang saya send. Dia terima saya seadanya tapi saya tak dapat terima dia seadanya. Berulang-kali saya minta maaf dan saya tetap rasa bersalah dengan shah walaupun dia tetap maafkan saya.
..Saya janji saya nak sayang shah sorang je dan tak kan curang lagi.
..Saya Minta Maaf..


..Kalau tak maafkan nanti saya nangis..
..huhu..







05 November 2009

..Dulu-dulu..


..Dulu-dulu..
Semalam saya kemas2 stor rumah. Banyak betul kotak2 kat stor. Tengah angkat dan susun kotak2 tu tiba-tiba jatuh satu album gambar dan CD. Bila tengok isi Cd tu kat laptop terus saya tersenyum.. gambar saya dengan shah 2 tahun lepas.. haha.. rasa nak gelak pon ada.. berubah betul muka saya sekarang dengan dulu2.. dulu power mata tak la kuat sangat still bleh nampak klu tak guna spek tapi sekarang mana2 pun kne guna spek.. rabun!!!!.. tak guna spek kne guna contact lens. Huhu..



Shida dan Shah
Gambar ni diambil masa kuar date kat pasar bintulu, Sarawak. Masa ni saya masih lagi belajar kat UPM Kampus Bintulu, Sarawak manakala shah datang traveling under perikanan. Masa saya belajar susah sangat nak jumpa. Dalam 1sem=6 bulan adalah 2-3 kali je kami jumpa. Masing-masing sibuk dengan kerja dan belajar. Syukur hubungan ni kekal sampai sekarang walaupun kadang-kadang macam nak putus gara2 saya ler.. hehe..kat gambar ni saya putih lagi berbanding shah sebab masa ni tak ambil renang lagi.. shah plak baru balik dari pulau layang-layang, Sabah. so dia burn byk dan start ada masalah kulit.. huhu..tapi syukur ada sabun susu beras ada la kurang sikit masalah tu.. Promote la plak..
..I love you and will always love YOU..



..Nina & Lisa..


..Nina & Lisa..
Bercakap pasal budak kadang-kadang terfikir gak tentang kenakalan mereka. Lagi2 Nurlisa dan Nurnina. Budak dua orang ni sepupu shah. Boleh dikatakan mana saya dan shah jalan-jalan mesti nak bawa diorang dua ni. Tapi masa tu lah kesabaran di uji. Biasalah budak2 nak itu dan ini, kalau tak dapat mula lah tarik muka masam or terus nangis. Haha..Penah sekali masa jalan2 kat shopping complex diorang dua ni nak patung barbie yang harga Rm100++.. Usu pun beli lah (Usu=mak diorang dua ni). tak sampai seminggu je benda tu disayangi pastu masuk bakul mainan je.. membazir sungguh..




 Belakang: Nurnina….Depan: Nurlisa
..Having Kid's or surrounded by them are the wonderful thing happened in life..


..Sihir..


..Sihir..
Sihir. Apa yang kamu semua tahu tentang sihir atau bahasa lainnya ilmu hitam. Penah tengok benda2 ghaib ni or penah tengok orang kena ilmu hitam. Benda tu wujud. Entahlah. Takut untuk saya ceritakan pengalaman saya berhadapan dengan orang yang terkena ilmu sihir ni. Seram sejuk tengok apatah lagi orang yang terkena tu ayah sendiri. Masa bawa pegi berubat rasa macam nak nangis je tengok ayah menahan sakit tapi syukur Alhamdulillah lepas je malam berubat tu ayah seolah-olah ada harapan pulih. Kaki yang kembang sebab ‘terpijak’ benda buatan orang tu dan beransur elok. Kuku yang hitam mulai nampak kemerahan. Saya gembira sangat2 dengan perubahan tu apatah lagi shah.
Sihir atau ilmu ghaib ni sebenarnya gara-gara dengki mendengki sesama manusia. Kenapa ye manusia mengejar harta sampai sangup gadaikan maruah dan kepercayaan?, Kalau boleh saya nak sangat bagitau dengan orang-orang yang mengejar harta dan kekayaan ni “Harta boleh dicari tapi nyawa dan maruah sekali tergadai dah tak boleh nak patah balik”. Saya tak nak harta orang atau buat baik semata-mata nak ambil hati orang yang berharta. Saya dan shah nak kumpul harta sendiri dan rasai kesusahan mengumpul harta. Dalam kesusahan itu pasti ada kegembiraan dan kami dapat sama2 belajar asam garam kehidupan.
Bercakap pasal harta dan kekayaan sebenarnya bukan orang berniaga saja yang berebut harta dan keuntungan. Ada dikalangan adik-beradik yang gilakan harta. Berebut harta pusaka arwah orang tua sampai halau menghalau dan memutuskan tali persaudaraan. Nauzubillah…


“Cemburu akan melenyapkan seribu satu kebaikan”