08 July 2010

kesabaran hari ke tiga


Kesabaran saya..
Al-kisahnya pada suatu hari saya ter "blok" salah satu kereta cikgu sesi pagi, maklumlah saya mengajar pada sesi petang.  Saya tak tau pon kereta tu tak bleh di blok memandangkan saya cikgu baru. lagipon mana ada tag nama yang mengatakan kereta tu guru sesi pagi punya. kebetulan pula minggu tu saya kelam-kabut sebab jadual bertukar dan ada cikgu yang mintak maklumat peribadi pada hari yang malang itu. Dalam keadaan kelam-kabut dtglah sorg kawan suruh saya alihkan kereta sb ada cikgu nak balik. saya pon turun dan meminta maaf tapi maaf saya tak di sambut malah maki hamun saya dapat. mulanya senyap je tp cikgu tersebut semakin lancar mengatakan ayat2 yg teruk. dalam hati saya bertanya. inikah sifat seorang guru. terlalu teruk. pastu saya jawap la jugak.. kalau cikgu tak nak parking kne blok (sb parking ni jenis double parking) so cikgu parking la kat kawasan tengah ( sb parking tengah tak berhimpit). tiba2 dia bertambah melenting. after saya keluarkan ayat tu saya dah tak nak dengar apa2 then alih kereta dan chow. dia pon bla cmtu je tanpa angkat tangan or senyum..
next day plak ingatkan hal tu dah settle.. al-maklumlah hal parking je bukannya hal besar sgt.. remeh temeh je.. saya ingat dah settle tp lepas je saya melabuhkan punggung terus dia dtg then serang saya dlm bilik guru dgn nada yang kuat.. Ya Allah, hilang respect saya pada cikgu tersebut (sb dia cikgu lama). pastu ada lah sorg cikgu yg konon2 nak jadi org ketiga tp dia seolah2 memarakkan lagi api yang tengah marak. baik cikgu lelaki ni diam2 sb dia tak tau hujung pangkal. bila semua cikgu diam mesti cikgu yang tengah marah ni pandai2 diam. jgn di kecohkan lagi. sepanjang dia bebel mula2 saya malas nak sambung sb byk tugas lain yg menuntut perhatian. tp bila dah ada ayat baru yg keluar. bukan ayat saya... sapa yg nak diri di fitnah. nti klu diam org anggap salah or takut. ok then saya harap benda ni settle kat sini. full stop.
hari ke-3... cikgu ni still buat cerita bertambah plak cikgu yg nak jd hero smlm.. dia pon buat2 mcm ada kat situasi tu.. bodoh btl dan geram... 
harini hari jumaat.. klu ada benda yg masih tak dpt di selesaikan cara baik saya tak tau lah.. org islam pon burukkan org islam sendiri.. teruk btl.

09 May 2010

~Percintaan selepas Kahwin~


....
....
~Percintaan selepas Kahwin~
Tadi masa tengah leka chatting kat FB sorang kawan suh tengok satu link ni. Saya pun bukak la sebab tengah bosan dek kerana hubby tak de. Kalau dia ada tak la bosan sangat sebab ada orang berbual, bergurau dan bergaduh.. hehe..
Lepas habis download video tu saya pun tengok dengan tenang (sambil makan kopok ngn air teh tarik). Dalam hati tertanya-tanya gak la apa yang best ngan ceramah biasa ni. Sekilas saya terbaca tajuk ceramah tu.. percintaan selepas kawen.. menarik ni..
Dengar punya dengar baru saya faham maksud penceramah tersebut. Mungkin ada pasangan suami isteri yang kata.. “Huh! Laki aku tu sebelum kawen kemain romantik  tapi pas kawen tak ROMANTIK langsung”..  hah! Mesti ada yang tercakap macam tu kan..
Sebenarnya sebelum kawen kita tiada ikatan pon ngan hubby kita. Bila berdua pasti ada ‘makhluk’ ketiga. Jadi hasutan syaitan inilah yang menyebabkan sentuhan sikit je dah rasa romantik sangat2 dan siang malam asyik teringat si dia. Tapi bila dah sah jadi suami isteri, sebaik sahaja sah, syaitan dah memainkan peranan yang berbeza. Ingat! Syurga isteri di bawah tapak kaki suami... bukan lagi di bawah tapak kaki ibunya. Jadi untuk menyesatkan golongan yang halal ini syaitan sekali lagi menyucuk jarum menjadikan kaum adam rimas akan sentuhan isterinya tetapi tidak pada sentuhan perempuan lain. Huhu..
Terus saya teringat dengan pengakuan dari kawan2 masa saya keje kilang aritu.. dengan selamba kawan2 satu platfom ngan saya kata “Ala, bercinta kaw-kaw dengan betina, tapi bila kawen aku pilih perempuan soleh tau. Yang pandai jaga pergaulan dan batasan. Klu betina jadi bini macam mana nak jadi ibu, stakat ibu ayam dapat la wei. Aku nak perempuan untuk jadi ibu anak-anak aku bukan ibu anak-anak ayam”. Jadi pada wanita di luar sana, sedar2kan lah diri bila bercinta. Huhu..
Wanita 
Bukan di jadikan dari tulang kaki
Untuk lelaki pijak
Bukan dari tulang tangan 
untuk lelaki tampar sesuka hati
Bukan dari tulang kepala 
Untuk lelaki agung-agungkan
Tetapi
Wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki
Dekat di hati dan mudah untuk di sayangi

~Saya bersyukur mempunyai suami sebaik En. Shahranie bin Jublie~

29 April 2010

Boring


Saya boring
Boring
Boring
Biasalah manusia
 Masa ada depan mata selalu je cari gaduh
Bila berjauhan rasa rindu la pulak
Sapa tak sayang suami makcik oiiiii
Bila hubby tak de rasa tak lengkap hidup
Shopping sorang2x
Jalan2 sorang2x
Makan sorang2x
Tengok tv sorang2x
Sume sorang2x
Saya tak suka dan saya tak nak idup sorang2x lagi
Sebelum hubby pegi seluruh warga FRI sarawak wat majlis doa selamat
Masa majlis tu tak de la rasa sedih
Tapi bila cium tangan hubby tup tup rasa sebak
Pastu bila balik umah sorg2 nangis sorang2 sb tak de hubby


..Shida hanya untuk shah..

28 April 2010

~MSAM~


~MSAM~
25 April 2010 yg lalu kami berdua kebosanan
Duk rayau2 serata kuching tibe2 teringat kat MSAM
Sehari sebelum tu kat sekolah ada org2 bank dtg menyerang
Mcm2 promosi kad kredit la.. insuran la.. saham la yg diorg tawarkan
So, saya ngn hubby pon menyibukkan diri kat MSAM tu
Masuk mcm kambing lepas dari kandang
Rata2 yg dtg sume nak collect beg ngan pen free
Termasuk la saya ngan suami
Sambil tu ambik peluang gak la tanya pakej loan rumah
Al-maklum nak beli rumah thn depan
Atau
Kalau ada rezeki nak beli thn ni gak
Hehe
Oleh kerana leka bergerak dari satu stesen ke satu stesen
Masa bergerak terlalu pantas
Konon nak kuar cpt2
Tup-tup kne tahan
Sebab selagi tak dptkan sume cop kat gerai2 tak leh balik
Org punyalah padat
Terpaksa patah balik cari chop
Then bila keluar hari dah gelap sgt
Dkt 10jam terkandas kat dalam khemah tertutup
Fuh.. pecah rekod dunia
Last2 balik la rumah dgn beg MSAM berguni2
(sorg dpt 3 helai)
So, sbg penghargaan utk beg tu
Saya telah gunakan utk angkut buku2 budak yg nak dibwk balik
Sgt efficient dan memudahkan keje
Tp overall program MSAM ni kne wat byk improvement
Dari segi pemilihan tempat, waktu, susunan gerai dan yg plg penting keselesaan pengunjung
At d’end terimalah gambar kenangan sekitar MSAM
** badan pun MSAM sb berpeluh2 kepadatan**
Hoho 





26 April 2010

~Cikgu~



Aduh! Sejak bergelar seorang guru rasa mcm nak pitam
Hari2 kne naik tangga utk 3 tingkat pastu sekolah ada 4 blok
Kdg2 dari tingkat 3 blok A kne daki tingkat 3 blok C
Penat sgt!
Sekolah ni tak da lif ke
Huhu
Tapi standard la kan utk guru2 sekolah
Mmg itu rutin harian yg tak leh lari
Makin tinggi sekolah makin letih cikgu
Bdk2 Cuma naik turun sekali sekala je
Tp cikgu2 kne nek bertingkat2 dlm satu hari
Dan result nyer sejak jadi cikgu
Berat badan pon turun gak la
Haha
Wlaupun saya tension sgt2 ngn karenah bdk2
Tp itu Cuma sementara
Bila masuk kelas yg mengembirakan
Saya akan tersenyum gembira
Kalau masuk kelas yg sengal
Saya akan cuba sedaya upaya mengawal kelas
Misi utama utk mengajar
Dan
Saya akan paksa rela pelajar2 utk belajar
Demi masa depan
Skrg ni bdk2 hanya tau nak enjoy
Tp bila mereka keluar dari sekolah
Mereka akan tersedar yg belajar
Adalah
Satu
Keseronokkan
Terima kasih cikgu2 yg telah mengajar saya
SRK Kampung Luak Bay, Miri,Sarawak (1993-1997)
SK Ulu Beranang, Lenggeng, N9 (1998)
SMK Dato’ Klana Putra, Lenggeng N9 (1999-2003)
Kolej Martikulasi Negeri Sembilan (sesi 2004/2005)
Uni. Putra Malaysia (Kampus bintulu) (batch-2005/2009)

17 April 2010

~Setelah bergelar isteri~




Alhamdulillah walaupun diduga dengan pelbagai peristiwa akhirnya saya dan shah selamat diijabkabulkan oleh wakil wali daripada Jab. Agama. Islam. Sarawak(JAIS) seminggu selepas ayah selamat dibedah. Walaupun majlis yang dirancang terpaksa dibatalkan tetapi majlis akad nikah ini cukup bermakna bagiku. Walaupun tak seperti yang saya dan shah idamkan namun saya bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sanggup bersusah senang disisi saya. 
 Akad nikah
 
Upacara pembatalan air sembahyang
 
“Pengapit kecil”

Gambar kenangan dari kami
-03.12.2009-

~Pembuka Tahun 2010~



Azam Tahun baru saya pada tahun ni. Saya nak mempunyai sebuah rumah bersama suami yang tersayang. Saya nak bekerja bersungguh-sungguh dan mencari pekerja yang tetap untuk menjamin ekonomi yang stabil. Hehe.. pastu seperti semua wanita yang bergelar isteri, saya nak 1st baby tahun ni. Baru ceria rumahtangga.