09 May 2010

~Percintaan selepas Kahwin~


....
....
~Percintaan selepas Kahwin~
Tadi masa tengah leka chatting kat FB sorang kawan suh tengok satu link ni. Saya pun bukak la sebab tengah bosan dek kerana hubby tak de. Kalau dia ada tak la bosan sangat sebab ada orang berbual, bergurau dan bergaduh.. hehe..
Lepas habis download video tu saya pun tengok dengan tenang (sambil makan kopok ngn air teh tarik). Dalam hati tertanya-tanya gak la apa yang best ngan ceramah biasa ni. Sekilas saya terbaca tajuk ceramah tu.. percintaan selepas kawen.. menarik ni..
Dengar punya dengar baru saya faham maksud penceramah tersebut. Mungkin ada pasangan suami isteri yang kata.. “Huh! Laki aku tu sebelum kawen kemain romantik  tapi pas kawen tak ROMANTIK langsung”..  hah! Mesti ada yang tercakap macam tu kan..
Sebenarnya sebelum kawen kita tiada ikatan pon ngan hubby kita. Bila berdua pasti ada ‘makhluk’ ketiga. Jadi hasutan syaitan inilah yang menyebabkan sentuhan sikit je dah rasa romantik sangat2 dan siang malam asyik teringat si dia. Tapi bila dah sah jadi suami isteri, sebaik sahaja sah, syaitan dah memainkan peranan yang berbeza. Ingat! Syurga isteri di bawah tapak kaki suami... bukan lagi di bawah tapak kaki ibunya. Jadi untuk menyesatkan golongan yang halal ini syaitan sekali lagi menyucuk jarum menjadikan kaum adam rimas akan sentuhan isterinya tetapi tidak pada sentuhan perempuan lain. Huhu..
Terus saya teringat dengan pengakuan dari kawan2 masa saya keje kilang aritu.. dengan selamba kawan2 satu platfom ngan saya kata “Ala, bercinta kaw-kaw dengan betina, tapi bila kawen aku pilih perempuan soleh tau. Yang pandai jaga pergaulan dan batasan. Klu betina jadi bini macam mana nak jadi ibu, stakat ibu ayam dapat la wei. Aku nak perempuan untuk jadi ibu anak-anak aku bukan ibu anak-anak ayam”. Jadi pada wanita di luar sana, sedar2kan lah diri bila bercinta. Huhu..
Wanita 
Bukan di jadikan dari tulang kaki
Untuk lelaki pijak
Bukan dari tulang tangan 
untuk lelaki tampar sesuka hati
Bukan dari tulang kepala 
Untuk lelaki agung-agungkan
Tetapi
Wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki
Dekat di hati dan mudah untuk di sayangi

~Saya bersyukur mempunyai suami sebaik En. Shahranie bin Jublie~

1 comment: